Falsafah Asas Perusahaan Kumpulan Panasonic 9. Pengurusan Seluruh Warga Pekerja Melalui Kebijaksanaan Kolektif
Dalam Kumpulan Panasonic, bagi melaksanakan konsep Pengurusan Tanggungjawab Kendiri, setiap seorang daripada kita harus menyedari dan menjalankan kerja sebagai orang yang bertanggungjawab dan orang yang menguruskan kerja kita sendiri, lalu mengamalkan konsep Perusahaan Pekerja. Pada masa yang sama, kita juga harus mengumpulkan pengetahuan setiap orang dan menjalankan pengurusan, iaitu, mengumpulkan kebijaksanaan kolektif dan menggunakan perkara itu dalam pengurusan. Pengasas juga berkata "Pengurusan yang terbaik ialah pengurusan daripada kebijaksanaan kolektif".
Melakukan kerja dengan Rasa Kebertanggungjawaban Kendiri adalah penting dalam pelaksanaan Perusahaan Pekerja. Kita harus terus meningkatkan kebolehan diri dan menyasarkan penghasilan kerja yang terbaik. Akan tetapi, walaupun untuk orang yang berkebolehan tinggi, pengetahuan seseorang adalah terhad. Pengurusan dan kerja yang berpusatkan diri, walaupun mungkin berjaya buat suatu tempoh, lambat-laun akan timbul kelemahannya dan tidak dapat diteruskan buat tempoh yang lama.
Berbanding dengan itu, pengumpulan banyak pengetahuan dan pembuatan keputusan yang berkualiti tinggi akan membawa kepada penyumbangan hasil terbaik kepada masyarakat secara berterusan.
Bagi mengumpulkan kebijaksanaan kolektif, pertama sekali, pegawai atasan harus bekerjasama dengan pekerja bawahannya demi menggunakan kelebihan masing-masing. Untuk menyerlahkan bakat setiap orang secara maksimum, pegawai atasan hendaklah mempercayai pekerja bawahan, memberikan tanggungjawab dan kuasa sebanyak yang boleh, sentiasa menyampaikan jangkaan dengan sewajarnya, dan menggalakkan pekerja untuk menggunakan kaedah yang proaktif dan kreatif, yang lahir daripada perspektif masing-masing.
Selain itu, pegawai atasan harus mendengar pandangan dan cadangan pekerja bawahannya dengan teliti dan cuba melakukan usaha terhadapnya. Jika pandangan atau cadangan tersebut tidak dapat dilakukan, pegawai atasan haruslah menerangkan sebab tersebut dengan sewajarnya supaya pekerja bawahannya tidak kehilangan motivasi atau sifat kendirinya dan dapat menjadi lebih proaktif.
Untuk menyebarkan dasar syarikat dan organisasi, pegawai atasan harus menyampaikan dasar tersebut kepada pekerja bawahannya, dari atas ke bawah. Akan tetapi, dengan hanya penurunan arahan daripada pegawai atasan kepada pekerja bawahan, perkembangan tidak akan berlaku. Bukan itu sahaja, budaya "dari bawah ke atas", iaitu pandangan pekerja bawahan disampaikan kepada pegawai atasan juga tidak boleh ditinggalkan dalam konsep Pengurusan Seluruh Warga Pekerja Melalui Kebijaksanaan Kolektif.
Walaupun jika anda pekerja baharu dalam syarikat, setiap orang perlu memiliki sikap Perusahaan Pekerja yang menekankan diri sendiri sebagai orang utama dalam pengurusan sesebuah organisasi pengurusan bebas, mencadangkan perkara yang difikirkan boleh ditambah baik, dan mengambil bahagian dalam pengurusan secara proaktif.
Tambahan lagi, pengumpulan pelbagai pandangan dan cerapan adalah penting. Warga kita, yang berhadapan dengan pelanggan di pelbagai pasaran dunia, haruslah melakukan kerja dengan perspektif dan cara pemikiran yang pelbagai supaya terus dipilih oleh pelanggan dalam dunia yang cepat berubah dan berkembang ini. Perspektif dan cerapan yang pelbagai lahir daripada keindividualan yang pelbagai. Kita perlu menerima dan menghormati keindividualan setiap orang.
Dengan menggunakan keindividualan yang pelbagai, pengetahuan dapat dikumpulkan dan organisasi juga akan terus berkembang dan membangun. Dengan kata lain, kepelbagaian akan memperkukuhkan daya saing kita. Tambahan pula, bagi menggunakan kepelbagaian dengan baik, pegawai atasan haruslah menyingkirkan halangan dalam kepelbagaian dan memberikan sokongan kepada keindividualan supaya pekerja boleh mendapat peluang untuk mencabar diri.
Bagi dapat menggunakan kepelbagaian dan menyebarkan konsep "dari bawah ke atas", setiap orang dalam organisasi harus mempunyai keadaan yang membolehkan mereka menyuarakan pandangan mereka sendiri dalam organisasi. Pengumpulan kebijaksanaan kolektif termasuk mengongsikan isu tanpa kira tahap jawatan, membincangkan keadaan ideal, serta dasar dan kaedah perkembangan dengan aktif, kedua-dua pihak pegawai atasan dan pekerja bawahan pun tidak meneka atau mengikut arahan dan dasar organisasi oleh pihak atasan secara membuta tuli dan bertukar-tukar pandangan dengan betul dan kerap.
Syarat bagi pengumpulan kebijaksanaan kolektif adalah bahawa pegawai atasan dan pekerja bawahan juga perlu melihat perkara secara objektif dan sebenar-benarnya, dan tidak dibelenggu oleh motif peribadi dan prejudis. Dengan kata lain, penting untuk melakukan kerja dengan hati yang tulus.
Mari kita merealisasikan kualiti, kos dan perkhidmatan terunggul yang akan dipilih oleh pelanggan, dengan mengamalkan pelaksanaan pengurusan seluruh warga pekerja melalui kebijaksanaan kolektif sebenar daripada semua bahagian dalam Kumpulan Panasonic.
- 1. Misi Syarikat
- 2. Misi Kumpulan Panasonic, dan Perkara Yang Kita Mesti Lakukan Sekarang
- 3. Matlamat Asas Pengurusan
- 4. Pedoman Syarikat dan Tujuh Prinsip
- 5. Falsafah Asas Perusahaan Kumpulan Panasonic
- 6. Mengamalkan Falsafah Asas Perusahaan
- 7. Mendahulukan Pelanggan
- 8. Pengurusan Tanggungjawab Kendiri
- 9. Pengurusan Seluruh Warga Pekerja Melalui Kebijaksanaan Kolektif
- 10. Membangunkan dan Menggunakan Potensi Orang
Satu set garis panduan tingkah laku untuk setiap pekerja mengikut dalam usaha mereka untuk melaksanakan Falsafah Perniagaan Asas ke dalam amalan.