Falsafah Asas Perusahaan Kumpulan Panasonic 8. Pengurusan Tanggungjawab Kendiri
Di dalam Kumpulan Panasonic, hal pengurusan bukan hanya merupakan tanggungjawab pihak pengurusan. Setiap seorang daripada kita harus menyedari dan menjalankan kerja sebagai orang yang bertanggungjawab dan orang yang menguruskan kerja kita sendiri, dengan mengikut dasar syarikat dan menjalankan pengurusan dengan memikul tanggungjawab secara kendiri. Inilah cara pemikiran asas untuk konsep Pengurusan Tanggungjawab Kendiri.
Dalam setiap organisasi, setiap orang perlu bekerja dengan kesedaran bahawa kerja merupakan kerja sendiri sambil mengikut falsafah dan dasar pengurusan korporat dan membuat penambahbaikan untuk diri sendiri. Pengurusan Tanggungjawab Kendiri merupakan teras pengurusan Kumpulan Panasonic dan juga budaya yang mengembangkan sumber manusia kita.
Sebagai prinsip asas dalam Pengurusan Tanggungjawab Kendiri dalam perniagaan, pengasas berkata "Pertama sekali, pengurus perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan prinsip pengurusan. Kemudian, konsep-konsep ini perlu disebarkan dan disemaikan dalam hati pekerja bawahan." "Pengurus menugaskan kerja kepada pekerja bawahan dengan yakin, dan membolehkan mereka melakukan kerja dalam skop dan tanggungjawab sendiri."
Apabila seseorang mendapat kerja untuk dilakukan dan menyedari makna penyempurnaan kerja tersebut lalu mempunyai azam yang kuat untuk berbuat demikian, mereka akan menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran dan melakukan usaha yang besar untuk melakukan kerja tersebut. Oleh itu, walaupun semasa pegawai atasan menugaskan kerja kepada pekerja bawahan, mereka juga harus menyemaikan azam dan sikap tersebut. Dengan itu, setiap orang akan berasa bahawa kerja mendatangkan kepuasan dan memberikan kegembiraan dan kebahagiaan kepada mereka. Perkara inilah yang mendasari konsep Pengurusan Tanggungjawab Kendiri.
Berkenaan penggunaan istilah "Perusahaan Pekerja" untuk menggambarkan pandangan pekerja terhadap kerja mereka sendiri, pengasas berkata bahawa setiap pekerja harus menjalankan kerja, melihat perkara dan membuat keputusan dengan semangat seakan-akan menjadi presiden atau pemilik dalam pengurusan sesebuah perusahaan mereka sendiri.
Apabila melihat kerja sendiri sebagai Perusahaan Pekerja, setiap orang yang menjalankan kerja akan melahirkan cara dan kaedah yang baik melalui sedaya upaya mereka. Dengan itu, pekerja akan melakukan kerja dan memandang pencapaian hasil besar sebagai suatu tugas. Rasa kebertanggungjawaban tersebut amat diperlukan.
Encik Morimasa Ogawa, yang telah membangunkan perniagaan ketuhar gelombang mikro daripada penubuhan bahagian perniagaan kepada perniagaan global dan selepas itu, memegang jawatan sebagai presiden Matsushita Electric, telah menamakan rasa kebertanggungjawapan ini sebagai "Rasa Tanggungjawab Kendiri". Setiap seorang daripada kita harus memiliki rasa kebertanggungjawaban ini dan menjalankan Perusahaan Pekerja kita sendiri.
Tambahan lagi, apabila pengasas menceritakan tentang Perusahaan Pekerja kepada pekerja muda, beliau menggunakan contoh kedai Udon malam. Semasa menjalankan perniagaan menjual mi Udon, kita harus sentiasa mendengar pandangan daripada pelanggan, dan pandangan tersebut seterusnya digunakan untuk membuat penambahbaikan. Usaha dan semangat tersebut amatlah diperlukan.
Walaupun kita hanyalah seorang pekerja di dalam sebuah organisasi yang besar, kita tidak boleh sekadar melakukan kerja yang ditugaskan dan mematuhi aturan dan prosedur yang ditetapkan. Setiap seorang daripada kita harus memikirkan cara yang lebih baik dan meneruskan proses penambahbaikan yang berterusan.
Dalam dunia yang terus berubah dan berkembang hari demi hari, sekiranya kita hanya kekal dengan cara pemikiran dan perspektif sendiri semasa melakukan kerja, kita tidak akan terus dipilih oleh pelanggan. Kita mesti mempunyai fikiran bahawa yang terbaik hari ini tidak semestinya merupakan yang terbaik untuk keesokan hari. Kita harus memikirkan cara yang terbaik untuk keesokan hari pula dan sentiasa menyasarkan matlamat yang lebih tinggi.
Sistem Bahagian Perniagaan yang diperkenalkan pada tahun 1933 merupakan realisasi konsep Pengurusan Tanggungjawab Kendiri. Sistem Bahagian Perniagaan merupakan sistem organisasi yang setiap bahagian dibahagikan mengikut produk, membuat keuntungan masing-masing dan bertanggungjawab terhadap segala perkara daripada pembangunan, pengeluaran, penjualan dan pengurusan pendapatan dan belanjawan. Bahagian perniagaan memerlukan pengurusan tanggungjawab kendiri, yang membawa kepada pembangunan ketua bahagian perniagaan dan pekerja. Dengan itu, lahirnya Kumpulan Panasonic yang wujud hari ini.
- 1. Misi Syarikat
- 2. Misi Kumpulan Panasonic, dan Perkara Yang Kita Mesti Lakukan Sekarang
- 3. Matlamat Asas Pengurusan
- 4. Pedoman Syarikat dan Tujuh Prinsip
- 5. Falsafah Asas Perusahaan Kumpulan Panasonic
- 6. Mengamalkan Falsafah Asas Perusahaan
- 7. Mendahulukan Pelanggan
- 8. Pengurusan Tanggungjawab Kendiri
- 9. Pengurusan Seluruh Warga Pekerja Melalui Kebijaksanaan Kolektif
- 10. Membangunkan dan Menggunakan Potensi Orang
Satu set garis panduan tingkah laku untuk setiap pekerja mengikut dalam usaha mereka untuk melaksanakan Falsafah Perniagaan Asas ke dalam amalan.